I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 26, 2010

MaLaYsIa Vs InDoNeSiA Final Piala AFF 2010

Siaran Langsung Malaysia Vs Indonesia di RTM | Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2010



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perlawanan dijangka bermula pada pukul 8 malam.
“Kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha untuk membuat siaran langsung,” katanya selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di Kuala Lumpur semalam.
Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.
Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung lewat 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak tempatan.
Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan.
Begitupun, penyokong diharap terus memenuhi Stadium Nasional di Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada skuad muda negara menghadapi Indonesia.
Indonesia perlu diberi pengajaran selepas menewaskan skuad bimbingan K. Rajagobal itu 1-5 pada perlawanan peringkat kumpulan 1 Disember lalu. ~ Kosmo

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir piala suzuki 2010 antara malaysia lawan indonesia. Dari sini, kita semua berharap agar kita semua dapat luangkan masa selepas solat maghrib dan isyak untuk sama-sama menyokong malaysia dalam perlawanan akhir menentang indonesia malam ini.
Selain itu, kita juga boleh sama-sama menonton secara live perlawanan akhir piala suzuki ini di TV1 atau bagi yang tiada televisyen terutama pelajar universiti, boleh sahaja tonton online perlawanan akhir piala suzuki 2010 ini secara live streaming!
Akhir sekali, aried ingin mengingatkan pesan tuanku supaya jangan “boo” pasukan kita sendiri dan teruskan beri semangat kepada pemain negara agar perlawanan akhir piala suzuki aff 2010 ini milik malaysia!
Oh ya, kalau ditanya apa score untuk perlawanan akhir malaysia vs indonesia malam ini ialah:
Malaysia – Indonesia
2-1



No comments:

Post a Comment